المعلومات الشخصیة

نور أعیني عتیقة بنت مزلان
طالبة بکالوریوس کلیة اللغات الحدیثة والاتصالیة
جامعة بترا المالیزیة
sakurawardah4@gmail.com


الأربعاء، 22 يوليو 2020

LAIN-LAIN(LUAHAN HATI)

Assalamualaikum semua. Semoga dalam keadaan baik-baik sahaja..

Sepanjang 14 minggu menghadiri kuliah Penglahiran Bakat Kreatif, banyak ilmu berkaitan penulisan yang saya perolehi daripada Puan pensyarah saya. Beliau menggalakkan kami para pelajarnya agar lebih banyak membaca pelbagai jenis bahan bacaan agar minda kali terbuka luas.

Keperibadian beliau yang seakan para ibu menjadikan kami anak muridnya mendengar tutur kata beliau dengan penuh kepatuhan agar ilmu yang diperolehi mendapat berkat. Jujurnya saya amat menyukai kursus ini kerana ia mendedahkan saya kepada cara pemikiran seorang penulis, suatu masa dahulu cita-cita yang pernah saya impikan.

KRITIKAN TENTANG DUNIA HIBURAN

Assalamualaikum semua. Semoga dalam keadaan sihat selalu.

Topik yang akan dibahas pada hari ini adalah kritikan tentang dunia hiburan. Seperti yang diketahui umum, dunia hiburan pada masa kini memainkan peranan yang amat penting kerana boleh mencorakkan pemikiran dan gaya hidup anak muda.

Sebelum sesuatu berkaitan hiburan ditayangkan kepada orang ramai, bahan tersebut perlu ditapis terlebih dahulu agar sumber yang ingin dipersembahkan bebas dari segala perkara yang tidak elok.



KRITIKAN TENTANG FILEM ATAU DRAMA

Assalamualaikum semua.......
Kita bersua lagi kali ini. Diharapkan semua berada dalam keadaan baik dan sejahtera.

Kali ini topik yang akan dibicarakan ialah kritikan tentang dunia seni dari segi filem atau drama.
Filem yang dipilih untuk dikupas hari ini ialah KL GANGSTER.
KL Gangster merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Malek, seorang bekas ketua gangster dKuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013). Siri utama diarahkan oleh Syamsul Yusof Kesemua filem telah diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Zizan Razapula telah membintangi dalam kesemua filem ini.
Siri filem ini merupakasiri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan kesemua filem didalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Filem KL Gangster merupakan filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun.

Pada pandangan saya, filem ini tidak sepatutnya ditayangkan kepada orang ramai kerana terdapat unsur keganasan dan pencabulan hak wanita. Dalam filem ini, para pelakonnya akan bertumbuk sesama mereka serta melakukan perbuatan vandalisme manakala dalam babak lain dalam filem ini memperlihatkan adik kepada watak utama dirogol oleh ketua penjahat di hadapan orang ramai. Perbuatan sebegitu tidak sepatutnya ditonjolkan kepada orang awam kerana dikhuatiri akan diikut oleh orang yang menonton.


                                     KL Gangster - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas





الخميس، 9 يوليو 2020

TOKOH MOTIVASI

Assalamualaikum semua, semoga baik-baik sahaja.

Kali ini, tajuk kita ialah tokoh motivasi. Sudah pasti semua orang ada tokoh yang diminati tersendiri dan peribadi mahupun aura poditif yang dibawa tokoh motivasi masing-masing menyebabkan anda semua meminatinya.

Bagi saya, tokoh motivasi yang saya sukai ialah Prof Dr Muhaya Mohamad. Beliau berasal dari Terengganu dan berumur 58 tahun. Biar pun beliau bukan seorang selebriti dan merupakan pakar bedah mata, beliau mempunyai lebih dari sejuta pengikut di Facebook sekali gus memanfaatkan pengaruhnya itu untuk pembangunan wanita secara holistik. Ketokohan dan pengaruh beliau selama 23 tahun begitu besar dalam landskap motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran hingga beliau berjaya mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik menerusi inspirasi yang diberikan.




                                            
PAKAR Mata dan Pakar Motivasi, Prof Dr Muhaya Muhamad di Prof Muhaya Eye & Lasik Centre, Kajang. - Foto NSTP/Rosela Ismail

ANAK MUDA

Assalamualaikum semua, kita bersua lagi kali ini.

Tajuk yang akan dikongsi pada hari ini ialah 'Anak Muda'. Menurut Kamus Dewan, maksud anak muda dalam konteks orang ialah belia, masih remaja, masih mentah, budak, setahun jagung, masih berhingus dan banyak lagi makna lain.

Hari ini, ramai anak muda telah membanggakan nama negara kita Malaysia dengan pencapaian hebat mereka. Ramai di antara mereka telah menyinar dan melakar kejayaan menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia boleh turut sama berbangga dengan kejayaan mereka.

Antara anak muda yang boleh kita berbangga dengan pencapaian mereka ialah Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim. Beliau merupakan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang sains dan teknologi  pada usia 18 tahun dengan mula bekerja sebagai pencuci kanta di sebuah makmal sebelum menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan bioperubatan dan kejuruteraan biologi. Beliau seterusnya terpilih mengetuai projek SporeSat, sebuah projek NASA Small Satelit yang dilancarkan pada tahun 2014 dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang melancarkan satelit pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas.


                                            5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

PENGALAMAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan hai semua.
Semoga dalam keadaan baik selalu.

Kali ini, saya akan menceritakan pengalaman saya di kampung. Kampung saya terletak di Kuala Krai, Kelantan. Ini merupakan kampung di sebelah ayah saya manakala kampung ibu saya di Rantau Panjang.

Setiap kali ayah saya mengajak kami sekeluarga pulang ke kampung, saya antara orang yang amat teruja kerana itu merupakan saat yang paling saya tunggu. Kampung ayah saya sememangnya berada di kawasan hulu Kuala Krai maka sememangnya dipanggil kampung asli.

Perjalanan pulang ke kampung ayah saya mengambil masa lebih kurang 1 jam dari rumah kami yang terletak di tengah bandar Kota Bharu. Saya amat menyukai kampung ayah saya kerana suasana kampungnya masih wujud dan udara masih bersih dari sebarang pencemaran.

Setiap kali pulang ke kampung, kami sekeluarga akan ke kebun datuk saya yang terletak di belakang rumahnya. Terdapat banyak pokok yang ditanam datuk saya antaranya durian, manggis, rambutan dan sebagainya. Pada waktu petang, kami adik-beradik akan mandi manda di sungai yang terletak berhampiran rumah datuk saya itu.

Sememangya kepulangan ke kampung menjadi saat yang selalu saya nantikan!

الأربعاء، 8 يوليو 2020

PENGALAMAN DI KOLEJ

Assalamualaikum semua...
Kita bersua kali ini....

Tajuk yang akan saya kongsi hari ini ialah pengalaman di kolej. Kata orang, pengalaman sewaktu berada di kolej adalah momen dan kenangan yang sukar dilupakan.

Sewaktu saya berada di kolej, antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah sewaktu hari terakhir orientasi dan kami semua dikehendaki memilih satu kelab atau persatuan untuk dimasuki. Saya dan rakan yang lain mendaftarkan diri untuk Kelab Pembina.

Pada hari pertama perjumpaan, pertemuan diadakan di Saujana Hijau, Putrajaya. Sebagai seorang yang amat menyukai alam sekitar dan berasa dekat dengan alam semulajadi, saya amat tertarik dengan keindahan taman hijau tersebut. Keseluruhan tempat itu dipenuhi pokok-pokok dan bungaan yang amat cantik sekali!

Saya terpesona dengan keindahan tempat tersebut serta mengucapkan rasa syukur atas kebesaran Allah dalam menjadikan semua pokok dan tanaman yang hijau itu.


                                     Breakfast Picnic @Taman Saujana Hijau, Putrajaya – @omaralattas

الثلاثاء، 7 يوليو 2020

AGAMA

Assalamualaikum semua.
Semoga baik-baik sahaja.

Coretan saya kali ini bertajuk 'Agama'.

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
  • Perlakuan
    seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
  • Sikap
    seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
  • Pernyataan
    seperti jampi,mantera dan kalimat suci.
  • Benda-benda material
    yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. (sila lihat dibawah)
Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil atheisme.




SENI & BUDAYA

Assalamualaikum semua, semoga dalam keadaan baik-baik sahaja...

Kali ini, saya akan menceritakan tentang seni dan budaya di negara kita, Malaysia. Kepelbagaian masyarakat di Malaysia telah mewujudkan sebuah negara yang multikultural dan timbul pelbagai seni dan budaya di negara ini.

Maksud seni ialah  sesuatu yang halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan (Kamus Dewan, 2005).
Budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’ yang berasal daripada bentuk jamak dari ‘buddhi’  membawa maksud budi atau akal.

Kepelbagaian seni dan budaya di negara ini timbul kerana masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Bidang seni dan kebudayaan mempunyai tujuan tertentu. Sudah tentu kepentingan kedua-dua bidang ini memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. Sejak berzaman lagi, bidang seni dan kebudayaan ini telah memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan juga merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam kalangan masyarakat kita.


PAKAIAN TRADISIONAL

Assalamualaikum semua....
Semoga dalam keadaan sihat sihat selalu hendakNya.

Pada kali ini, saya akan menceritakan tentang kepelbagaian pakaian tradisional. Seperti yang diketahui umum, Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum maka terdapat banyaklah jenis pakaian tradisional bagi setiap kaum di Negara ini.

Tiga kaum terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India maka mereka mendominasi keseluruhan negara. Bagi masyarakat Melayu, kaum lelakinya akan memakai baju melayu manakala kaum wanita akan memakai baju kurung. Bagi kaum Cina pula kaum lelakinya akan memakai sam foo dan kaum wanita akan memakai cheongsam. Bagi kaum India pula golongan lelakinya akan memakai dhoti manakala yang perempuan akan memakai sari.



                                               DEMI MASA .. sesungguhnya manusia itu sentiasa rugi : Galeri ...

MAKANAN TRADISIONAL

Assalamualaikum semua, semoga dalam keadaan baik-baik selalu....

Kali ini, saya akan menceritakan tentang makanan tradisional. Sebut sahaja tentang makanan pasti terbayang pelbagai jenis makanan di fikiran bukan?
Pastinya semua orang mempunyai makanan kegemaran masing-masing termasuklah makanan tradisional.

Makanan tradisonal bagi setiap tempat dan wilayah adalah berbeza. Bagi masyarakat di Pantai Timur seperti Kelantan, masyarakat mereka lazimnya lebih menggemari makanan yang manis

Bagi saya, makanan tradisional yang paling saya minati ialah kuih lompat tikam. Kuih ini berwarna hijau dan merah. Yang merah ialah pulut berwarna manakala yang hijau pula ialah agar-agar. Kuih ini dimakan bersama santan berwarna putih dan gula melaka yang dicairkan. Rasanya amat manis sekali yang menyebabkan saya amat menyukai kuih ini.


                                       Resepi Kuih Lompat Tikam Paling Lazat | Iluminasi

Saya sarankan anda semua mencuba makan kuih lompat tikam ini.

Setakat ini dahulu coretan saya kali ini.

PENGALAMAN MEMBACA BUKU KREATIF

Assalamualaikum semua.....
Semoga dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu.

Coretan saya kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya membaca buku kreatif yang bertajuk 'Cerita Dari Hati'. Buku kreatif ini ditulis oleh beberapa orang penulis seperti Nazali Noor, Normujaidah Osman, Amer Fadzlan, Idayu Ahmad, Umiesafa dan Noordin Zakaria.

Buku ini menceritakan tentang pengalaman para penulis menghadapi liku-liku kehidupan yang terasa dekat dengan masyarakat maka mereka membukukan pengalaman mereka menjadi sebuah penulisan. Tujuan penulisan buku ini adalah supaya dapat berkongsi dengan masyarakat pengalaman agar dapat dijadikan pengajaran dan tauladan.

Sewaktu membaca buku ini, jujur saya akui penulisan para penulis terasa begitu dekat dengan saya, membuatkan saya semakin tertarik dengan isi kandungan buku ini dan semakin tidak sabar untuk menyelak helaian seterusnya, menyudahkan bacaan.

Buku terbitan Alaf 21 sememangnya berkualiti dan sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat. Saya mengesyorkan anda semua membaca buku ini dan semoga boleh mengambil pengajaran dari cerita para penulis.
       

                                                    Cerita Dari Hati


الاثنين، 29 يونيو 2020

Pengalaman kembara

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah kita dapat bersua lagi kali ini.
Pada posting saya kali ini saya akan menceritakan pengalaman kembara saya.
Pastikan anda membaca coretan saya kali ini.😊😊


Pada bulan Mac 2019 yang lepas, saya ke bumi para anbiya' iaitu Mesir. Saya ke sana bersama ibu, ayah dan adik lelaki saya. Tujuan utama kami ke sana adalah untuk menghadiri majjlis konvokesyen abang sulung saya sambil bercuti memandangkan itu merupakan musim cuti persekolahan.


Perjalanan kami ke sana mengambil masa 8 jam dengan menaiki kapal terbang Saudi Airlines. Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa terujanya saya untuk sampai ke sana dan melawat salah satu daripada 7 keajaiban di dunia iaitu Piramid.


Keesokan harinya, abang saya membawa kami sekeluarga ke Piramid. Ternyata bukan hanya ada satu tetapi 3 piramid yang berlainan saiz!
Kami juga dibawa makan ke restoran yang terkenal di Mesir yang menghidangkan burung puyuh disumbat nasi bakar.

Kami juga dibawa bersiar-siar mengelilingi bandar Mesir menaiki kapal layar pada waktu malam sambil menikmati udara segar. Rupanya banyak peninggalan sejarah Islam di bumi Mesir.


Sememangnya melawat bumi Mesir satu pengalaman yang baharu untuk kami sekeluarga.





                                                   




Sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya.






























الأحد، 28 يونيو 2020

ISU SEMASA

COVID-19 - Insurance Coverage - Leaders in Law

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan sejenis virus yang tidak pernah dikenali iaitu covid-19.
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).
Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Bagi memutuskan rantaian virus ini, kita semua disaran menjaga kebersihan diri dan kekal berada di rumah.

Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini.

#kitajagakita
 

Pengalaman memasuki kuliah BBK3410

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Diharapkan anda semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Pada semester ini, saya mengambil kursus BBK3410 iaitu subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Saya berasa amat teruja untuk mengikuti kuliah ini yang akan berlangsung selama 14 minggu.

Kali pertama memasuki kelas, firasat saya benar sekali, kelas tersebut sememangnya menarik apatah lagi pensyarah saya merupakan penulis yang telah pun menerbitkan beberapa buah karyanya! Saya berasa amat bangga dapat mempelajari kursus ini dengan penulis yang terkenal malahan saya pernah memasang cita-cita untuk menjadi seorang penulis pada waktu kecil.

Diharapkan dengan mengikuti kuliah ini secara berterusan saya boleh mendapat inspirasi dan ilham agar boleh mengikuti jejak langkah seperti Puan Pensyarah saya iaitu Dr Kamariah .

Writer- Career and Job Opportunities in Creative Writing