المعلومات الشخصیة

نور أعیني عتیقة بنت مزلان
طالبة بکالوریوس کلیة اللغات الحدیثة والاتصالیة
جامعة بترا المالیزیة
sakurawardah4@gmail.com


الأربعاء، 22 يوليو 2020

LAIN-LAIN(LUAHAN HATI)

Assalamualaikum semua. Semoga dalam keadaan baik-baik sahaja..

Sepanjang 14 minggu menghadiri kuliah Penglahiran Bakat Kreatif, banyak ilmu berkaitan penulisan yang saya perolehi daripada Puan pensyarah saya. Beliau menggalakkan kami para pelajarnya agar lebih banyak membaca pelbagai jenis bahan bacaan agar minda kali terbuka luas.

Keperibadian beliau yang seakan para ibu menjadikan kami anak muridnya mendengar tutur kata beliau dengan penuh kepatuhan agar ilmu yang diperolehi mendapat berkat. Jujurnya saya amat menyukai kursus ini kerana ia mendedahkan saya kepada cara pemikiran seorang penulis, suatu masa dahulu cita-cita yang pernah saya impikan.

KRITIKAN TENTANG DUNIA HIBURAN

Assalamualaikum semua. Semoga dalam keadaan sihat selalu.

Topik yang akan dibahas pada hari ini adalah kritikan tentang dunia hiburan. Seperti yang diketahui umum, dunia hiburan pada masa kini memainkan peranan yang amat penting kerana boleh mencorakkan pemikiran dan gaya hidup anak muda.

Sebelum sesuatu berkaitan hiburan ditayangkan kepada orang ramai, bahan tersebut perlu ditapis terlebih dahulu agar sumber yang ingin dipersembahkan bebas dari segala perkara yang tidak elok.



KRITIKAN TENTANG FILEM ATAU DRAMA

Assalamualaikum semua.......
Kita bersua lagi kali ini. Diharapkan semua berada dalam keadaan baik dan sejahtera.

Kali ini topik yang akan dibicarakan ialah kritikan tentang dunia seni dari segi filem atau drama.
Filem yang dipilih untuk dikupas hari ini ialah KL GANGSTER.
KL Gangster merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Malek, seorang bekas ketua gangster dKuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013). Siri utama diarahkan oleh Syamsul Yusof Kesemua filem telah diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Zizan Razapula telah membintangi dalam kesemua filem ini.
Siri filem ini merupakasiri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan kesemua filem didalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Filem KL Gangster merupakan filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun.

Pada pandangan saya, filem ini tidak sepatutnya ditayangkan kepada orang ramai kerana terdapat unsur keganasan dan pencabulan hak wanita. Dalam filem ini, para pelakonnya akan bertumbuk sesama mereka serta melakukan perbuatan vandalisme manakala dalam babak lain dalam filem ini memperlihatkan adik kepada watak utama dirogol oleh ketua penjahat di hadapan orang ramai. Perbuatan sebegitu tidak sepatutnya ditonjolkan kepada orang awam kerana dikhuatiri akan diikut oleh orang yang menonton.


                                     KL Gangster - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas





الخميس، 9 يوليو 2020

TOKOH MOTIVASI

Assalamualaikum semua, semoga baik-baik sahaja.

Kali ini, tajuk kita ialah tokoh motivasi. Sudah pasti semua orang ada tokoh yang diminati tersendiri dan peribadi mahupun aura poditif yang dibawa tokoh motivasi masing-masing menyebabkan anda semua meminatinya.

Bagi saya, tokoh motivasi yang saya sukai ialah Prof Dr Muhaya Mohamad. Beliau berasal dari Terengganu dan berumur 58 tahun. Biar pun beliau bukan seorang selebriti dan merupakan pakar bedah mata, beliau mempunyai lebih dari sejuta pengikut di Facebook sekali gus memanfaatkan pengaruhnya itu untuk pembangunan wanita secara holistik. Ketokohan dan pengaruh beliau selama 23 tahun begitu besar dalam landskap motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran hingga beliau berjaya mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik menerusi inspirasi yang diberikan.




                                            
PAKAR Mata dan Pakar Motivasi, Prof Dr Muhaya Muhamad di Prof Muhaya Eye & Lasik Centre, Kajang. - Foto NSTP/Rosela Ismail

ANAK MUDA

Assalamualaikum semua, kita bersua lagi kali ini.

Tajuk yang akan dikongsi pada hari ini ialah 'Anak Muda'. Menurut Kamus Dewan, maksud anak muda dalam konteks orang ialah belia, masih remaja, masih mentah, budak, setahun jagung, masih berhingus dan banyak lagi makna lain.

Hari ini, ramai anak muda telah membanggakan nama negara kita Malaysia dengan pencapaian hebat mereka. Ramai di antara mereka telah menyinar dan melakar kejayaan menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia boleh turut sama berbangga dengan kejayaan mereka.

Antara anak muda yang boleh kita berbangga dengan pencapaian mereka ialah Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim. Beliau merupakan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang sains dan teknologi  pada usia 18 tahun dengan mula bekerja sebagai pencuci kanta di sebuah makmal sebelum menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan bioperubatan dan kejuruteraan biologi. Beliau seterusnya terpilih mengetuai projek SporeSat, sebuah projek NASA Small Satelit yang dilancarkan pada tahun 2014 dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang melancarkan satelit pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas.


                                            5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

PENGALAMAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan hai semua.
Semoga dalam keadaan baik selalu.

Kali ini, saya akan menceritakan pengalaman saya di kampung. Kampung saya terletak di Kuala Krai, Kelantan. Ini merupakan kampung di sebelah ayah saya manakala kampung ibu saya di Rantau Panjang.

Setiap kali ayah saya mengajak kami sekeluarga pulang ke kampung, saya antara orang yang amat teruja kerana itu merupakan saat yang paling saya tunggu. Kampung ayah saya sememangnya berada di kawasan hulu Kuala Krai maka sememangnya dipanggil kampung asli.

Perjalanan pulang ke kampung ayah saya mengambil masa lebih kurang 1 jam dari rumah kami yang terletak di tengah bandar Kota Bharu. Saya amat menyukai kampung ayah saya kerana suasana kampungnya masih wujud dan udara masih bersih dari sebarang pencemaran.

Setiap kali pulang ke kampung, kami sekeluarga akan ke kebun datuk saya yang terletak di belakang rumahnya. Terdapat banyak pokok yang ditanam datuk saya antaranya durian, manggis, rambutan dan sebagainya. Pada waktu petang, kami adik-beradik akan mandi manda di sungai yang terletak berhampiran rumah datuk saya itu.

Sememangya kepulangan ke kampung menjadi saat yang selalu saya nantikan!

الأربعاء، 8 يوليو 2020

PENGALAMAN DI KOLEJ

Assalamualaikum semua...
Kita bersua kali ini....

Tajuk yang akan saya kongsi hari ini ialah pengalaman di kolej. Kata orang, pengalaman sewaktu berada di kolej adalah momen dan kenangan yang sukar dilupakan.

Sewaktu saya berada di kolej, antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah sewaktu hari terakhir orientasi dan kami semua dikehendaki memilih satu kelab atau persatuan untuk dimasuki. Saya dan rakan yang lain mendaftarkan diri untuk Kelab Pembina.

Pada hari pertama perjumpaan, pertemuan diadakan di Saujana Hijau, Putrajaya. Sebagai seorang yang amat menyukai alam sekitar dan berasa dekat dengan alam semulajadi, saya amat tertarik dengan keindahan taman hijau tersebut. Keseluruhan tempat itu dipenuhi pokok-pokok dan bungaan yang amat cantik sekali!

Saya terpesona dengan keindahan tempat tersebut serta mengucapkan rasa syukur atas kebesaran Allah dalam menjadikan semua pokok dan tanaman yang hijau itu.


                                     Breakfast Picnic @Taman Saujana Hijau, Putrajaya – @omaralattas