
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan sejenis virus yang tidak pernah dikenali iaitu covid-19.
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran
pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome
coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV).
Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).
Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa
kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Bagi memutuskan rantaian virus ini, kita semua disaran menjaga kebersihan diri dan kekal berada di rumah.
Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini.
#kitajagakita
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق