Assalamualaikum semua, kita bersua lagi kali ini.
Tajuk yang akan dikongsi pada hari ini ialah 'Anak Muda'. Menurut Kamus Dewan, maksud anak muda dalam konteks orang ialah belia, masih remaja, masih mentah, budak, setahun jagung, masih berhingus dan banyak lagi makna lain.
Hari ini, ramai anak muda telah membanggakan nama negara kita Malaysia dengan pencapaian hebat mereka. Ramai di antara mereka telah menyinar dan melakar kejayaan menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia boleh turut sama berbangga dengan kejayaan mereka.
Antara anak muda yang boleh kita berbangga dengan pencapaian mereka ialah Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim. Beliau merupakan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang sains dan teknologi pada usia 18 tahun dengan mula bekerja sebagai pencuci kanta di sebuah makmal sebelum menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan bioperubatan dan kejuruteraan biologi. Beliau seterusnya terpilih mengetuai projek SporeSat, sebuah projek NASA Small Satelit yang dilancarkan pada tahun 2014 dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang melancarkan satelit pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas.

ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق